PEMBAHARUAN DI KAUSAR KREATIF

Sila berkunjung ke Laman Baru Kausar Kreatif yang telah diintegrasi. KLIK DI SINI

Saturday, January 21, 2012

12 Teknik memperbaiki jualan produk (retail) anda

1. Kaji kemampuan anda
Pastikan kelebihan dan kekurangan anda. Fokus kepada apa yang anda dapat lakukan dengan baik, dapatkan bantuan untuk yang lain-lain

2. Buat perancangan awal
Rangkakan rancangan perniagaan anda untuk membantu anda membuat keputusan yang betul

3. Fahami industri anda
Anda perlu ada komitment dan kesungguhan untuk memahami industri yang anda ceburi secara terperinci

4. Fahami pelanggan
Fahami apa yang dikehendaki oleh pelanggan anda dan apa yang dapat menarik minat mereka untuk membeli dari anda

5. Simpan rekod kewangan perniagaan anda
Simpan rekod perniagaan yang sempurna untuk pemantauan wang keluar dan masuk perniagaan anda

6. Uruskan wang tunai dengan baik
Buat belanjawan dengan bijak dan mengetahui kitaran wang masuk dan keluar anda untuk mengelakkan aliran tunai yang tidak mencukupi

7. Amalkan sistem pengurusan yang betul
Ini melibatkan pengurusan masa, sumber, perkhidmatan pelanggan dan kakitangan

8. Bentuk imej yang khusus untuk perniagaan anda
Ini melibatkan nama, laman web, lokasi, khidmat atau produk dan banyak lagi aspek berkaitan perniagaan anda

9. Kawal stok anda
Kekurangan stok akan menyebabkan permintaan pelanggan tidak dapat dipenuhi manakala pergerakan stok yang lembab akan meyebabkan stok rosak atau ketinggalan zaman dan merugikan

10. Fokus kepada keuntungan
Dapatkan diskaun pada harga pengilang supaya anda dapat memberi nilai yang baik kepada pelanggan dan menarik lebih ramai pelanggan

11. Belajar dari pakar
Tanpa pengendalian yang betul dalam zaman serba pantas dan maju ini anda mungkin ketinggalan dan boleh membinasakan perniagaan anda

12. Dapatkan pertolongan jika anda perlu
Dapatkan pakar dengan kebolehan khusus dalam mencapai matlamat perniagaan anda dan menyelamatkan perniagaan dan kewangan anda di masa hadapan

Sumber: Bob Nelson, Businessknowhow.com

ADVERTISEMENT